Monday, December 26, 2011

LepasKan haTi iNi peRgi

Lepaskan hati ini pergi
Walau untuk seketika
Aku relakan ia pergi
Kerana aku tiada di hatimu
Untuk Selamanya…

Lepaskan hati ini pergi
Jika itu dapat membahagiakanmu
Aku relakan
Walau berat hati untuk melepaskannya….

Lepaskan hati ini pergi
Jika itu dapat melepaskan derita
Yang bermukim di hati
Mengapa perlu disimpan
Jika hanya menambah
Derita untuk selamanya….

Lepaskan hati ini pergi
Jika itu dapat menghapus airmata
Di hati ini…
Mengapa harus membiarkannya
Mengalir tanpa henti…

Lepaskannya dengan rela hati…
Mengapa perlu mengenggam bara
Jika tangan tak terdaya mengenggamnya
Untuk selamanya……

Lepaskan hati ini pergi
Jika tak mampu bertahan lagi
Biarlah ia pergi
Mengapa perlu menahannya
Jika hati terseksa….

Lepaskanlah hati ini pergi
Untuk selamanya…..




sumber:http://www.gilerkentang.com/lepaskan-hati-ini-pergi/

No comments:

Post a Comment